Sunday 12 February 2012

Bengkel Pemantapan Kendiri






















Sebuah Bengkel Pemantapan Kendiri telah berjaya diadakan selama 3 hari 2 malam bermula dari 10 hingga 12 Februari 2012 melibatkan hampir 150 pelajar Tingkatan 3 dan 5 di Dewan Bestari SMK Undang Jelebu.

Bengkel ini dianjurkan oleh Hal Ehwal Pelajar (HEM) dan dikelola oleh Human Development Bank Negara Malaysia dan Alif Consultant. Yang paling membanggakan, antara beberapa barisan fasilitator merupakan bekas pelajar SMK Undang Jelebu. Turut menyumbang, Imam Muda dan PSH Kolej Komuniti Jelebu.

Pelbagai aktiviti dilalui pelajar, termasuk sesi ceramah, qiamullail, permainan dalam kelas dan luar kelas dan lain-lain. Program diakhiri dengan majlis penutup oleh Pengetua SMKUJ dan penyampaian hadiah kepada 3 kumpulan yang menang, serta barisan fasilitator yang membantu.

Moga semua pelajar yang menyertai mendapat manafaat daripada program tersebut.

* gambar, boleh dilihat di Facebook Rasmi SMK Undang Jelebu (Official)

No comments:

Post a Comment