Wednesday 13 June 2012

Hari Guru peringkat sekolah


Satu acara untuk menyambut Hari Guru telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Karisma SMKUJ. Ia dikendalikan oleh Badan Pemimpim Pelajar yang dianggotai Badan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya dan diketuai oleh Saudara Azmil Awaluddin. Ia dimulai dengan ucapan oleh Pengetua Cemerlang SMKUJ, Haji Norhashim Othman dan ucapan oleh Haji Shamsul Kamal, Pegawai Mesra SMKUJ. Acara turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan daripada guru dan pelajar termasuk tarian, lakonan BI dan nyanyian dan dipengerusikan oleh 2 Pengacara Sensasi dari kalangan pelajar.

Kemudian, guru dibahagi kepada 6 kumpulan dan terdapat 3 acara yang dipertandingkan, iaitu; Acara Menyambut Belon Air, Acara Menyambung Straw Terpanjang dan Acara Mencari Gula-gula dalam Tepung. Selain itu, terdapat acara sampingan seperti Dart, Bola Jaring dan Golf yang diadakan secara terbuka, disertai oleh guru dan pelajar. Ia turut disertai oleh AJK PIBG.

Majlis Penutup disempurnakan oleh YDP PIBG, Encik Azmi Aziz. Selain kesemua acara tersebut, guru turut disajikan dengan pelbagai juadah istimewa sepanjang sambutan. Hadiah turut disampaikan oleh pelajar kepada kesemua guru.

Tahniah kepada penganjur kerana berjaya menjayakan sambutan tersebut dengan jayanya.

* lagi gambar di FB rasmi SMKUJ

No comments:

Post a Comment