Saturday 30 June 2012

LDP: Drive to Change


LDP ke-3 untuk tahun ini telah diadakan secara bersama antara beberapa buah sekolah daerah Jelebu pada 30 Jun 2012. Ia melibatkan SMRAKK, SMKUJ, SMKSG, SMKP dan SMKDUMA. LDP ini melibatkan guru-guru dan pentadbir kesemua sekolah, diadakan di Dewan Pusat Perikanan Jelebu.  Ia bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tghr.

LDP bertajuk 'Drive to Change' ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Dawi, Ketua Jabatan Kaunseling IAB dan Dr Akma, pensyarah Jabatan Kaunseling IAB. Persembahan yang bersahaj dan penuh dengan unsur humor sangat menarik perhatian peserta.

Perasmian penutup dirasmikan oleh Tuan PPD, Puan Hajah Rodiah Mat Jan. Ucapan tahniah daripada beliau kepada sekolah-sekolah yang terlibat kerana berjaya mengadakan beberapa siri LDP secara bersama bermula daripada tahun lepas, dipelopori oleh SMKUJ. Tiada sekolah di tempat lain yang bekerjasama sebegini. Oleh itu, beliau menyifatkan kerjasama ini sebagai salah satu daripada 'smart partnership.' Tahniah kepada guru-guru SMRAKK kerana berjaya mengendali LDP pada kali ini dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment