Thursday 12 July 2012

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011



Pada 12 Julai, telah berlangsung satu majlis di Dewan Besar MDJ. Majlis tersebut ialah penyampaian hadiah bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. Majlis tersebut mengumpulkan semua penjawat awam yang berkhidmat di semua sekolah di bawah kelolaan PPD Jempol Jelebu termasuklah guru dan kakitangan sokongan.

Bagi SMKUJ, terdapat 6 kakitangan yang berjaya mendapat anugerah tersebut, termasuk Cikgu Siti Norwani Abdul Rahman yang telah berpindah ke Seremban. 5 orang yang lain, adalah seperti berikut:
- Puan Intan Terserah Abu Hasan
- Puan Jamilah Ludin
- Puan Liew Huey Jing
- Puan Nor Aida Ahmad Subky
- Puan Samsiah Hasan

Selain keenam-enam orang di atas, turut menerima APC 2011 adalah Cikgu Mohd Nasir Ibrahim, Guru Cemerlang Bahasa Melayu DG48. Bagaimanapun, perkhidmatan cemerlang beliau diterima atas kouta dari SMK Pertang, tempat beliau berkhidmat sebelum mula berkhidmat di SMKUJ awal tahun yang lalu.

Hadiah disampaikan oleh YB Dato' Rais Yatim, Menteri Penerangan dan Komunikasi Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Jelebu. Tahniah kepada semua yang berjaya.

No comments:

Post a Comment