Monday 3 September 2012

Bengkel Batik


Pada 3 September 2012, di bawah kelolaan Panitia Seni Visual, seperti yang dirancang secara bersama bawah Bidang Kemanusiaan, telah diadakan Bengkel Batik. Bengkel ini berlangsung seharian, bermula pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Ia diadakan di Dewan Karisma SMKUJ. Pelajar yang terlibat adalah calon PSV Tingkatan 4, serta beberapa pelajar Tingkatan 2, yang berminat dengan seni batik. Bengkel dikendalikan oleh Dato' Dr. Alias Zakaria, pensyarah IPRM. Pelbagai teknik seni lukis batik didedahkan, bukan sahaja secara teori, tetapi juga secara praktikal. Moga semua peserta mendapat manafaat dari ilmu yang dicurahkan oleh Dato' Dr. Alias.

No comments:

Post a Comment