Monday 3 December 2012

Kelas Rancangan Khas (KRK)


Kelas Rancangan Khas adalah satu bentuk kelas yang diwujudkan di sekolah-sekolah harian biasa sebagai inisiatif bagi pelajar lepasan UPSR yang mendapat keputusan yang cemerlang, namun gagal ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Ia berikutan tempat di SBP yang penuh. Di PPD Jelebu, sebelum ini, hanya SMK DUMA dan SMK Triang Hilir sahaja yang mempunyai kelas khas tersebut. Namun, mulai 2013, SMK Undang Jelebu telah mendapat mandat daripada JPN untuk turut mewujudkan kelas tersebut. Bagi melayakkan diri memasuki kelas terbabit, para pelajar perlu mencukupi syarat-syarat tersebut, iaitu:

- warganegara Malaysia
- pelajar tahun 6 dari negeri yang sama
- mendapat sekurang-kurangnya 4A 1B dalam UPSR
- lulus PAFA
- mesti mendapat A bagi matapelajaran Sains dan Matematik

Semoga dengan kewujudan kelas ini, akan memangkinkan lagi kecemerlangan SMKUJ di gelanggang akademik dan kokurikulum. Bagi ibu bapa atau pelajar yang layak, boleh menghubungi pihak sekolah, atau pegawai PPD (En. Anastas Zorin bin Abdullah) untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment