Thursday 27 December 2012

Makluman Pendaftaran Peralihan dan Tingkatan 1 2013

Pendaftaran Peralihan, KRK dan Tingkatan 1 akan diadakan pada 28 Disember 2013, di Dewan Karisma SMKUJ bermula jam 8.00 pagi. Berikut adalah aturcara majlis pendaftaran:

8.00 pagi: Ketibaan ibu bapa / penjaga dan para pelajar
8.30 pagi: Taklimat akan disampaikan oleh Tuan Haji Norhashim Othman
9.00 pagi: Pendaftaran bermula

Untuk memudahkan urusan pendaftaran, para ibu bapa dan penjaga diingatkan untuk membawa bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan IC pelajar
- Kad 001
- Rekod kesihatan
- Borang semakan bayaran lengkap
- Borang maklumat BMM/SMM
- 2 keping gambar berukuran passport.

Untuk pengetahuan semua ibu bapa dan penjaga, jualan barangan keperluan sekolah turut diadakan oleh pihak Koperasi Sekolah. Oleh itu, barangan seperti baju sukan, buku, tali leher, lencana, alat tulis dan lain-lain boleh dibeli pada hari pendaftaran

Selain itu, pihak PIBG turut menerima yuran tahunan. Semua pembayaran secara tunai yang diberikan semasa pendafataran akan disertakan dengan resit.

No comments:

Post a Comment