Friday, 18 January 2013

Majlis Penyerahan Surau SMKUJ


Satu majlis penyerahan semula surau SMKUJ yang telah diubahsuai oleh Angkatan Tentera Malaysia kepada pihak sekolah telah diadakan secara ringkas di Bilik Gerakan pada 18 Januari 2013. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ustaz Zool Hilmi sebagai pengerusi majlis. Bacaan doa disempurnakan oleh Ustaz Wan Ali Akbar. Ucapan aluan dan terima kasih oleh Tuan Haji Nor Hashim Othman mewakili pihak sekolah atas kesudian pihak ATM mengubahsuai surau secara sukarela. Ucapan daripada pihak tentera disampaikan oleh Mejar Nizam dan Mejar Ikhsan. Mejar Nizam banyak menyentuh tentang kronologi pembinaan surau, manakala Mejar Ikhsan menyentuh mengenai kesediaan ATM untuk membantu pihak sekolah jika ada lagi projek-projek seumpama ini di masa-masa mendatang.

Upacara penyerahan surau disempurnakan dengan simbolik penyerahan kunci dari Mejar Ikhsan kepada Encik Azmi, YDP PIBG, dan upacara menandatangani dokumen penyerahan oleh 3 orang, iaitu; Mejar Ikhsan, Mejar Nizam dan Encik Azmi sambil disaksikan oleh Tuan Haji Nor Hashim. Dengan selesainya majlis ini, menandakan sempurnanya penyerahan semula surau sekolah untuk digunakan oleh warga SMKUJ. Smeoga semua mendapat keberkatan.

Majlis perasmian surau akan diadakan pada 28 Februari 2013 dan akan dirasmikan oleh DSU Dr. Rais Yatim, ahli parlimen Jelebu selaku penaja utama kewangan bagi projek ini.

No comments:

Post a Comment