Tidak
dinafikan, banyak nilai yang boleh dipelajari daripada taman rekreasi. Sesuai
dengan objektif ia dibina. Walau bagaimanapun, tidak semua nilai, baik untuk
dipelajari oleh kanak-kanak. Kerana ada nilai yang diracuni dengan nilai-nilai
Barat. Ia nampak biasa, tetapi memberi impak yang negatif kepada pembentukan
nilai Islam. Contohnya, percampuran lelaki dan perempuan, pembuangan sampah
merata-rata, aurat yang tidak ditutup dan lain-lain. Ia mewujudkan persekitaran
yang tidak sihat.
Persekitaran
adalah faktor yang sangat penting dalam pembentukan nilai. Lebih-lebih lagi
bagi kanak-kanak. Perlu difahami, kanak-kanak mempunyai pemikiran tanpa sedar (unconsciousness
mind) yang terbuka luas. Sebarang perkara yang dirasai, dilihat, didengari
dan dihidu dengan pancaindera akan diingatinya sehingga dewasa. Jika perkara
tersebut tidak ditapis, ia boleh menjadi virus kepada akhlak kanak-kanak
tersebut apabila mereka dewasa kelak. Tanggungjawab memastikan virus tersebut
di’neutralize’ terletak di bahu ibu bapa secara langsung. Seperti yang
disebutkan oleh Rasulullah saw:
Setiap anak yang
lahir adalah dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani
atau Majusi.
(Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Jadi,
apa yang perlu aku lakukan? Adakah dengan cara menghindari taman rekreasi
adalah cara yang betul? Apakah yang akan Rasulullah saw lakukan jika baginda
berada di tempatku?
Aku
tidak rasakan menghindari tempat begitu adalah cara yang betul. Kerana,
Rasulullah saw sendiri, membesarkan anak-anaknya dalam suasana Jahiliyyah,
tetapi masih mampu mendidik anaknya sehingga memiliki akhlak yang baik. Maka,
benarlah Rasulullah saw, apabila baginda bersabda:
Sesungguhnya aku
diutus untuk menyempurnakan akhlak.
(Riwayat Bukhari)
Baginda
saw telah menunjukkan bukti bahawa tugas beliau untuk mendidik ummah bermula
dengan mendidik keluarganya; isteri dan anak-anaknya. Maka, itulah jawapannya
untukku. Aku memulakan misi membersihkan taman rekreasi untuk menjadi tempat
pembentukan nilai bagi anakku. Berikut adalah antara langkah yang diambil:
·
Mengajar anakku
untuk mengutip sampah setiap kali terjumpa sampah di taman.
·
Menghampiri remaja
yang bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, duduk dan berbincang dengan
mereka tentang kesan buruk kepada kehidupan masa depan mereka. Alhamdulillah,
ada yang menerima, dan ada yang menganggapnya sebagai mengganggu ‘privasi.’
·
Menegur remaja
yang telah baligh supaya menutup aurat.
Ayuh sahabatku, kita perlu bersatu.
Jangan sekadar kita bercakap tentang mendidik masyarakat di masjid-masjid dan
surau-surau. Kerana, ahli jemaah sudah tentu adalah orang yang baik.
Sebaliknya, kita perlu lebih agresif, bergerak memasuki tempat-tempat tumpuan
maksiat. Usaha yang kecil, boleh memberi kesan yang besar. Kita mungkin tidak
dapat mengubah dunia, namun sekurang-kurangnya tanggungjawab kita pada agama
Allah terlepas. Dan yang lebih penting, kita menyediakan tempat pembentukan
nilai yang maksima untuk anak-anak kita. Demi generasi akan datang yang lebih
bersifat Islami. Allah’alam.
No comments:
Post a Comment