Thursday, 21 February 2013

Mesyuarat Agung PIBG, Prasmian Surau dan Program Sepakat Bestari


Hari Khamis, 28 Februari 2013, satu aktiviti yang besar, melibatkan penglibatan seluruh warga sekolah, beserta ibu bapa dan masyarakat setempat akan diadakan di SMK Undang Jelebu. Aktiviti tersebut adalah gabungan 3 buah aktiviti yang besar yang menyasarkan 1000 penyertaan, akan turutu dihadiri oleh DSU Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Jelebu. 3 aktiviti tersebut adalah Mesyuarat Agung PIBG, Program Sepakat Bestari dan Perasmian Surau SMKUJ.

Berikut adalah tentatif program.

7.30 pagi: Pelajar berkumpul di Dataran Ilmu
8.00 pagi: Sukan Rakyat di Padang
10.30 pagi: Semua warga SMKUJ dan tetamu berkumpul di Dataran Ilmu dan perkarangan Surau untuk menanti ketibaan DSU Dr Rais Yatim
11.00 pagi: Ketibaan DSU Dr Rais Yatim
- melawat gerai pameran
- ke pentas perasmian
- Ucapan aluan Pengerusi Majlis
- Nyanyian lagu Negaraku
- Bacaan Doa
- Ucapan En Mohamad Azmi Abdul Aziz, YDP PIBG
- Ucapan Tn Hj Hashim Bedu, Pengarah Penerangan Negeri Sembilan
- Ucapan Perasmian oleh DSU Dr Rais bin Yatim
- Lawatan surau
- Penyampaian Hadiah Kecemerlangan PMR
- Penyampaian Hadiah Pertandingan Menamakan Surau
- Penyampaian Cenderamata AJK PIBG
- Penyampaian Cenderamata Perasmian dan Tetamu Kehormat

1.00 tghr: Jamuan Rakyat / Solat Zohor / Rehat
2.00 ptg: Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga untuk Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-39
2.30 ptg: Mesyuarat bermula
4.30 ptg: Minum petang
- Penyerahan Slip Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 3 dan 5

Hari tersebut diisytiharkan sebagai CUTI PERISTIWA, iaitu pelajar hadir ke sekolah tanpa ada Proses Pembelajaran dan Pengajaran.

No comments:

Post a Comment