Friday 18 November 2011

Nama SMKUJ di Persada Kebangsaan

SMKUJ berjaya menempa nama di peringkat kebangsaan dalam aspek perkongsian ilmu. Ia ekoran penyertaan Ustaz Wan Ali Akbar Wan Abdullah yang menyertai Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (CIE-TVT 2011) yang diadakan pada 16 dan 17 November 2011 di Hotel Naza Talya, Penang.

Ustaz Wan Ali Akbar santai selepas habis pembentangan
Ustaz Wan Ali Akbar telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Aplikasi Grafik Pegun dalam Pembelajaran dan Pengajaran Hadis." Konferen ini dianjurkan oleh Universiti Tun Husin Onn Malaysia (UTHM), Akademi Pengajian Tinggi (AKEPT) dan Kementerian Pengajian Tinggi.

No comments:

Post a Comment