Nama SMKUJ kini berada di persada antarabangsa dalam aspek perkongsian ilmu. Ini berikutan penyertaan salah seorang guru SMKUJ dalam International Conference on World-Class Education 2011 (ICWEd) yang diadakan di Dewan Tunku Cancelor, Universiti Melaya pada 5 hingga 6 Disember 2011. Konferen ini dianjurkan oleh UM, Kementerian Pengajian Tinggi dan lima universiti dari Indonesia.
Ustaz Wan Ali Akbar Wan Abdullah telah menyertai persidangan tersebut dengan membentangkan satu kertas bertajuk "Tarbiyyah dan Ta'dib: Satu Analisis Kritikal." Tulisan beliau telah dimuatkan dalam Prosiding ICWEd 2011 dengan nama SMK Undang Jelebu tercatit bersama nama beliau.
|
Ustaz Wan Ali Akbar bersama Ustazah
Nursafra dari Kolej Komuniti Jelebu |
No comments:
Post a Comment