Saturday 24 March 2012

Daerah: SMKUJ Johan Nasyid MTAQ!!

Pada 24 Mac 2012, SMKUJ telah menghantar sepasukan pelajar bagi mewakili sekolah untuk menyertai pelbagai acara yang dianjurkan dalam MTAQ peringkat daerah Jelebu. Ia diadakan di SMK Teriang Hilir dan SMA Datuk Tan Ahmad. Pasukan diketuai oleh Ustaz Zool Hilmi Suhaimi, Ketua Panitia Pendidikan Islam SMKUJ.

Sebahagian pelajar yang mewakili SMKUJ

Dalam pertandingan tersebut, SMKUJ telah menjadi JOHAN Nasyid dan Tempat ke-3 Tilawah. Hadiah disampaikan oleh Ustaz Hafizi Ali, Ketua Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam JPNS.

Wakil kumpulan nasyid SMKUJ menerima Piala Pusingan

Semoga pelajar SMKUJ terus maju ke hadapan dan mencapai kegemilangan dalam semua hal, keduniaan dan kerohanian.

* lagi gambar di FB rasmi SMKUJ

No comments:

Post a Comment