Wednesday 21 March 2012

2 Pelajar SMKUJ 9A SPM..

Keputusan SPM 2011 telah diumumkan pada 21 Mac 2012 di seluruh negara. Di SMKUJ, suasana SMKUJ dimeriahi dengan kehadiran bekas pelajar yang berkumpul di SMKUJ sejak dari pukul 8 pagi lagi, semata-mata untuk mengambil keputusan masing-masing. Setelah keputusan diumumkan, pelbagai gelagat dapat disaksikan. Ada yang gembira dan tidak kurang juga yang bersedih.

Suasana Dewan Karisma ketika Pembahagian Slip Keputusan SPM

Nurshafira Hazim Chan berjaya mencatat sejarah SMKUJ kerana berjaya memperoleh 7A+ 2A-, diikuti oleh  Loo Xue Wen yang memperoleh 3A+ 3A 3A- 1B. Siow Chia Ann tidak kurang hebatnya dengan memperoleh 2A+ 4A- 3B+ 1B.

3 pelajar terbaik SMKUJ

Alhamdulillah, SMKUJ berjaya mencapai kecemerlangan. Daerah Jelebu berjaya menaikkan kedudukan di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan pula berjaya mengekalkan kedudukan kedua keseluruhan selepas Terengganu (tanpa mengambil kira Wilayah Persekutuan).

* lagi gambar di facebook rasmi SMKUJ

No comments:

Post a Comment