Thursday 29 March 2012

Mesyuarat Agung PIBG berjalan lancar

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 telah berjaya dijalankan dengan lancar pada 29 Mac 2012 di Dewan Karisma SMKUJ. Ramai ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan mesyuarat tersebut. Ia dimulakan dengan perbahasan usul, dikendalikan oleh Encik Azmi Abdul Aziz, YDP PIBG SMKUJ. Semua usul berjaya dibahaskan dengan baik, oleh ibu bapa dan guru.


Perasmian PIBG disempurnakan oleh Dato' Yunus Rahmat, Exco Kerajaan Negeri Sembilan, mewakili Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim yang tidak dapat hadir kerana urusan lain yang lebih penting.



Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang PMR dan SPM 2011 serta keputusan ujian Bulan Mac 2012.


Jamuan turut disediakan setelah penat bermesyuarat.

* lagi gambar di FB rasmi SMKUJ

No comments:

Post a Comment