Sunday 8 April 2012

Bengkel Gitar, Kufi dan Fotografi

Pada 7 dan 8 April, 3 bengkel telah berjaya dianjurkan khas untuk para pelajar SMKUJ, iaitu; Bengkel Gitar, Bengkel Khat Kufi dan Bengkel Fotografi. Ia dianjurkan secara bersama oleh Kelab ICT, Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti Jelebu.

Tiga tenaga pengajar yang professional sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mencurahkan ilmu dan kemahiran kepada pelajar SMKUJ. Bengkel Gitar diajar oleh Sham Kamikaze, seorang guitarist bertaraf antarabangsa, manakala Bengkel Khat Kufi pula dikendalikan oleh Suhaili, pengasas Karya Kufi, juga merupakan salah seorang daripada 10 penulis kufi terbaik Malaysia, juga bertaraf antarabangsa. Bengkel Fotografi pula dikendalikan oleh Syukri Johari, pemilik Apacer Studio, seorang wedding photographer.

Majlis penutup diadakan pada pukul 4 petang di Dewan Karisma SMKUJ, dirasmikan penutupan oleh Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Nor Hashim Othman. Ia diserikan dengan persembahan oleh pelajar Bengkel Gitar, diketuai oleh Sham sendiri. Ramai guru dan ibu bapa pelajar turut hadir, menambahkan kemeriahan majlis tersebut.

* Gambar akan diupload di FB rasmi SMKUJ esok, insya'Allah

No comments:

Post a Comment