Wednesday 30 May 2012

Cikgu Suhaimi dan Cikgu Wani tukar sekolah


Setiap yang datang pasti akan pergi. Begitulah juga dengan dua orang guru SMKUJ yang banyak berjasa kepada sekolah. Cikgu Suhaimi Aziz, yang merupakan guru disiplin akan memulakan tugasnya di sekolah barunya yang lebih dekat dengan rumahnya, iaitu di SMK St Paul. Begitu juga dengan Cikgu Siti Norwani Abd Rahman, yang merupakan guru data sekolah, akan turut bertukar ke SMK Seremban Jaya 2. Jasa mereka berdua akan terus dikenang. Moga mereka akan terus berbakti kepada anak bangsa Malaysia walau dimana mereka berada. Insya'Allah

No comments:

Post a Comment