Friday 25 May 2012

Selamat Pengantin Baru Cikgu Haziana!! Selamat Pengantin Baru Cikgu Munirah!!


Di kala warga SMKUJ seronok untuk bercuti, terdapat dua orang guru yang lebih seronok kerana akan menamatkan zaman daranya ketika cuti ini. CIKGU NORHAZIANA HAMDAN akan melangsungkan majlis perkahwinannya dengan ABDUL RAUF RAHIM pada 26 Mei 2012 di Kampung Chennah, Titi, manakala CIKGU MUNIRAH MOHD pula akan melangsungkan perkahwinannya seminggu selepas itu dengan MOHD SHAFIQ ALIAS pada 2 Jun 2012 di Kg Beladau Selat, Kuala Terengganu. Moga perkahwinan mereka mendapat redha Allah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Selain itu, USTAZ MOHD NUH GHAZALI yang telah melangsungkan perkahwinan beberapa bulan yang lepas, turut tidak ketinggalan untuk mengadakan majlis kesyukuran di rumahnya di Kedah pada 27 Mei 2012.

Turut tidak ketinggalan buat Puan Intan Terserah Abu Hassan, CC SMKUJ yang akan menerima menantu pada 26 Mei 2012 sempena berlangsungnya majlis perkahwinan anak lelakinya, Ikhwan Shahid dengan Nurul Hidayah di Pahang. Kenduri di rumahnya akan berlangsung pada 2 Jun 2012.

No comments:

Post a Comment