Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, akan diadakan Sambutan Hari Guru di seluruh negara, samada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Tema hari guru tahun ini, adalah:
GURU INOVATIF MELONJAK TRANSFORMASI NEGARA
Mari kita sama-sama hayati karya Osman Awang ini yang berjudul
GURU OH
GURU
Dialah pemberi
paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk
manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah
bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang
ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini
seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki
takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang
ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini
seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi
dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar
tulis-baca.
Di mana-mana dia
berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan
tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin
terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada
negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang
diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal
terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.
|
|
No comments:
Post a Comment