Thursday 17 May 2012

Terima Kasih Abg Kajol!! Terima Kasih Kak Rohmah!!

Dalam kegembiraan warga SMKUJ menyambut Hari Guru minggu ini, terselit sedikit berita sedih. Terdapat dua orang kakitangan pejabat yang akan bersara, iaitu; Encik Zulfikli Darus dan Puan Rohmah. Encik Zulkifli telah berkhidmat di SMKUJ selama 11 tahun, manakala Puan Rohmah telah berbakti di SMKUJ selama 2 tahun. Satu majlis yang ringkas sempena persaraan mereka telah diadakan oleh semua kakitangan SMKUJ di Kantin. Sebuah majlis yang besar bersama para pelajar turut diadakan di Dewan Karisma. Moga persaraan mereka dapat mendekatkan mereka kepada Allah dan dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan. Moga hubungan ukhuwwah antara kita semua sentiasa berkekalan.

No comments:

Post a Comment