Thursday 19 July 2012

Lawatan ke MSN


Pada 19 Julai 2012, Pasukan Olahraga dibawah Unit Kokurikulum SMKUJ telah dibawa untuk menyertai lawatan ke Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil. Seramai 38 termasuk 33 atlit SMKUJ dengan diiringi oleh jurulatih-jurulatih diberi pelbagai taklimat dan motivasi tentang prospek seorang atlit, program pembangunan atlit kebangsaan, insentif atlit dan dibawa ke tempat pusat latihan. Lawatan ini berjaya meningkatkan lagi motivasi atlit SMKUJ untuk terus meningkatkan lagi prestasi mereka dan seterusnya menyumbang kepada menaikkan nama SMKUJ dalam bidang sukan.

No comments:

Post a Comment