Monday 30 July 2012

Majlis Penyerahan Lencana 5 Star bagi Pelajar PMR

Majlis Penyerahan Lencana 5 Star bagi 25 pelajar calon PMR telah diadakan pada 30 Julai 2012, di Dewan Karisma SMKUJ. 25 pelajar tersebut merangkumi 12 pelajar yang telah dikenalpasti oleh pihak JPNNS berpotensi besar untuk mendapat 8 A dalam PMR dan 13 pelajar yang ditambah oleh pihak pentadbir SMKUJ, yang juga berpotensi untuk mendapat 8 A.

Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Tuan Haji Nor Hashim Haji Othman, Pengetua Cemerlang SMKUJ. Ibu bapa setiap pelajar dijemput dan diberi penghormatan untuk mengalungkan sendiri LENCANA 5 BINTANG tersebut kepada anak masing-masing, dengan disaksikan oleh Encik Azmi, YDP PIBG, Pengetua dan GPK Akademik.

Selepas penyerahan lencana tersebut, turut diserahkan adalah senarai mantee kepada pentadbir dan guru-guru yang terlibat secara langsung mengajar PMR. Semua calon PMR terlibat dengan program ini, bagi memastikan guru yang bertindak sebagai mentor dapat membantu meringankan bebanan atau permasalahan yang dihadapi oleh mantee mereka masing-masing.

* gambar di FB rasmi SMKUJ


No comments:

Post a Comment