Thursday 30 August 2012

Sambutan Idilfitiri Peringkat Sekolah

Satu sambutan Hari Raya Idilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada 30 Ogos 2012, secara sederhana, tanpa ada nyanyian, serta pertandingan menghias garaj. Ia ekoran Peperiksaan Percubaan SPM yang akan bermula pada 3 September 2012. Walaubagaimanapun, semua kelas, dengan penuh kemeriahan, serta baju yang bewarna-warni dengan bekalan dan juadah masing-masing yang lazat, berjaya menambah keserian majlis tersebut. Hiasan juga dibuat secara sederhana, ditambah seri dengan alunan lagu-lagu raya oleh SEMUJA FM.
Majlis tersebut bermula dari pukul 10.30 pagi. Semua kelas disediakan tempat masing-masing, di bawah garaj kereta. Pelajar Tingkatan 5 pula ditempatkan di Kantin. Kelab Kebudayaan turut mengadakan rumah terbuka sendiri, di Anjung PIBG. Antara juadah yang menarik perhatian para guru, adalah sate, mee goreng, nasi impit, mee hailam dll. Kelas 3 Kretif, diakui berjaya memberikan layanan yang paling istimewa buat para guru.
Pada pukul 1.30 petang, para pelajar mula mengemaskan semula garaj masing-masing, serta memastikan keadaan kelas berada seperti sediakala. Moga sambutan ini mendapat keberkatan serta keredhaan dari Allah. Sederhana, namun tidak kurang seri dan meriahnya.


No comments:

Post a Comment