Wednesday 15 August 2012

Penutup Madrasah Ramadhan & Perasmian Bulan Kemerdekaan & Karnival Kemanusiaan



Satu majlis Perasmian Penutupan Madrasah Ramadhan telah diadakan pada 15 Ogos 2012 di Dewan Karisma SMKUJ. Ia dimulakan dengan Majlis Khatam al-Quran yang diketuai oleh Ustaz Zool Hilmi Suhaimi. Majlis turut diserikan dengan upacara penyampaian cenderahati berupa baju raya dan duit raya kepada pelajar yang tidak berkemampuan. Selain itu, pelajar yang berjaya dalam pertandingan yang dianjurkan dalam Madrasah Ramadhan turut menerima hadiah.

Majlis penutup tersebut telah disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang, Haji Nor Hashim Othman. Serentak dengan Majlis Penutupan tersebut, diadakan juga perasmian Bulan Kemerdekaan dan Karnival Kemanusiaan. Gimik pelancaran berupa video montaj yang dihasilkan oleh Cikgu Nik Ahmad Zamir, digabungkan dengan persembahan lampu oleh Cikgu Effendy Othman berjaya menarik minat pelajar.

Di akhir majlis, pelajar dihidangkan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh wakil Aqsa Sharif. Beliau menceritakan tentang Palestin, serta misi-misi kemanusiaan, dan dikaitkan dengan kehidupan seharian sebagai pelajar. Moga pelajar SMKUJ terus cemerlang dalam segala bidang.

No comments:

Post a Comment