Tuesday 14 August 2012

Majlis Iftar dan Solat Hajat


Satu majlis Iftar telah diadakan pada 14 Ogos 2012 di Kantin SMKUJ. Majlis anjuran PIBG tersebut disertai oleh para guru, ibu bapa dan pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Ia turut dihadiri oleh AJK PIBG, termasuk yang bukan beragama Islam. Pelbagai juadah disediakan pada majlis Iftar tersebut.

Selepas Iftar, majlis diteruskan dengan Solat Maghrib dan Solat Hajat di Dewan Karisma SMKUJ, diimami oleh Ustaz Zool Hilmi Suhaimi. Sedikit tazkirah turut disampaikan oleh Pengetua selepas selesai Solat Hajat tersebut. Kemudian, majlis diteruskan Solat Terawikh dan Solat Witir, diimami oleh Ustaz Mohd Nuh Ghazali. Majlis diakhiri dengan hidangan juadah pelbagai jenis kuih-muih sebagai moreh.

Semoga doa hasil daripada penyatuan hajat oleh guru, ibu bapa dan pelajar, bersempena bulan Ramadhan ini, dimakbulkan oleh Allah, dan SMKUJ dapat menghasilkan calon-calon PMR dan SPM yang cemerlang, bukan sahaja didunia, bahkan juga di akhirat.


No comments:

Post a Comment