Tuesday 14 August 2012

16 dan 17 Ogos Cuti!!!


Kemeriahan suasana hari raya semakin dirasai semua warga sekolah. Lebih-lebih lagi selepas musim peperiksaan dan ujian berlalu. Kedatangan idilfitri semakin dekat. Tiada yang lebih menggembirakan buat semua warga sekolah kecuali apabila Pengetua membuat pengumuman bahawa 16 dan 17 Ogos, pihak sekolah telah menetapkan untuk mengambil cuti berganti. Pengumuman tersebut dibuat pada perhimpunan rasmi hari Isnin dan disambut dengan penuh kegembiraan oleh warga sekolah. Walaubagaimanapun, cuti tersebut perlu diganti. Pengetua belum mengumumumkan, bilakah cuti tersebut akan diganti. Menurut surat siaran dari KPM, tarikh yang dicadangkan kepada pihak sekolah untuk menggantikan cuti tersebut adalah pada hari Sabtu, 8 dan 22 September 2012. Berikut adalah link kepada siaran akhbar daripada pihak KPM (click DISINI). Sehubungan dengan itu, semua warga sekolah akan memulakan sesi persekolahan bermula Isnin, 27 Ogos 2012. Moga raya ini disambut dengan penuh kemeriahan.






No comments:

Post a Comment