Saturday 8 September 2012

Pelancaran ASMUJA gilang-gemilang!!!


Pada 8 September 2012, satu sejarah telah dilakar apabila Persatuan Alumni SMKUJ atau lebih dikenali sebagai ASMUJA telah dirasmikan oleh YTM Dato Musa bin Wahab, Undang Luak Jelebu.

Seramai 200 orang hadir ke majlis tersebut, yang diadakan di Dewan Karisma SMKUJ, termasuklah bekas pelajar, bekas guru, serta guru yang kini mengajar di SMKUJ. YTM Dato' Musa bin Wahab sendiri adalah salah seorang bekas Pengetua SMKUJ.

Satu majlis tandatangan memorandum persefahaman MOU turut diadakan antara pihak ASMUJA dan SMKUJ. Memorandum itu membuktikan kesungguhan ASMUJA dalam membantu pihak sekolah untuk menaikkan lagi modal insan di kalangan pelajar. Antara aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan adalah Teknik Menjawab Matematik Kertas 2 bagi Calon SPM 2012, yang akan disampaikan oleh Encik Abdullah Ismail bin Arifin (ahli ASMUJA), yang merupakan bekas penggubal soalan Matematik SPM, serta berpengalaman mengajar Matematik selama 28 tahun. Ia akan diadakan pada 22 September 2012, pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang, untuk 100 pelajar.

Persembahan oleh SEMUJA Dance Theatre turut disajikan, selain pelbagai makanan dan juadah yang enak. Moga usaha ini akan dapat menaikkan lagi kegemilangan SMKUJ di Jelebu serta Negeri Sembilan.
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment