Wednesday 12 September 2012

Studython PMR


Satu program kecemerlangan PMR yang dikhususkan kepada 40 pelajar terbaik dari kalangan calon PMR 2012 telah diadakan bermula 10 hingga 12 September di Golden Straits Villa, Port Dickson. Pelajar bertolak seawal 7.30 pagi dari SMKUJ. Kesemua 8 matapelajaran yang diambil oleh pelajar, didedahkan secara insentif oleh para guru, termasuklah guru cemerlang. Selain itu, aktiviti berbentuk akademik turut diadakan, seperti Kajian Pantai oleh Panitia Geografi. Pelajar didedahkan dengan mukabentuk pantai, seperti teluk, lagoon, paya bakau, pulau dan lain-lain.

Slot berbentuk motivasi turut diselitkan. Pada malam 11 September, motivasi diberikan oleh En Shamsulkamal, Kaunselor PPD Jempol Jelebu. Manakala, pada pagi 12 September, slot terakhir diisi oleh Pengetua Cemerlang SMKUJ dengan berkongsi sedikit cara sebagai langkah akhir menghadapi PMR. Moga program ini dapat rahmat dan redha dari Allah serta memangkinkan peningkatan keputusan PMR di SMKUJ.

No comments:

Post a Comment