Thursday 27 September 2012

Project-based Learning



Pertandingan Project-based Learning telah diadakan di peringkat daerah di PKG Kuala Klawang pada 27 September 2012. SMKUJ telah menghantar sepasukan pelajar yang terdiri daripada 4 pelajar Tingkatan 4 Gemilang, iaitu; Theyvane, Siti Balqis, Nurul Ajla dan Nurzul Najaa. Projek yang diberi nama 'Lotus Night Lamp' ini dinasihati oleh guru Bahasa Inggeris, iaitu Cikgu Aziratulsyida. Alhamdulillah, SMKUJ berjaya mendapat NAIB JOHAN, dibelakang SMK Dato' Undang Syed Ali al-Jufri. Namun, yang lebih membanggakan, SMKUJ menjadi satu-satunya pasukan yang membentangkan hasil projek dalam Bahasa Inggeris. Hadiah berupa trofi dan wang tunai berjumlah RM 200 berjaya dibawa pulang. Pertandingan ini dianjurkan oleh PKG Kuala Klawang.

No comments:

Post a Comment