Friday 28 September 2012

SPTS bawah 13 dan 14

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah peringkat negeri telah diadakan di SSN Zaaba Kuala Pilah. SMKUJ telah menghantar sepasukan atlet yang terdiri daripada 3 atlet lelaki dan 3 atlet wanita. Hasilnya, Siti Hanisah berjaya menjadi JOHAN untuk kategori perempuan bawah 13 tahun. Manakala, bagi kategori lelaki bawah 14 tahun, SMKUJ berjaya menjadi NAIB JOHAN. Kesemua rekod peribadi atlet berjaya dipecahkan. Secara keseluruhan, SMKUJ mencatatkan pencapaian membanggakan, iaitu TEMPAT KETIGA keseluruhan, di kalahkan oleh pasukan dari SMK Undang Rembau (Johan) dan SMK Tunku Besar Tampin (Naib Johan). Walaupun atlet SMKUJ belum berjaya melayakkan diri untuk mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan, namun peningkatan serta pencapaian mereka berada pada tahap membanggakan. Pertandingan ini dianjurkan oleh KPM.

No comments:

Post a Comment