Friday 5 October 2012

Izin Restu PMR


Majlis Izin Restu untuk calon PMR 2012 telah diadakan dengan serba ringkas pada 5 Oktober 2012, pagi Jumaat, di Dataran Ilmu SMKUJ. Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Cikgu Norazlina Kasim yang bertindak sebagai pengerusi majlis. Bacaan doa oleh Ustaz Wan Ali Akbar, ditadah dengan penuh kerendahan diri kepada Yang Maha Esa oleh calon PMR dan turut diaminkan oleh pelajar-pelajar lain.

Ucapan wakil pelajar, iaitu Saadah Anuar, salah seorang pelajar harapan, meminta kemaafan daripada semua guru, ilmu yang diberkati dan iringi doa untuk kejayaan semua pelajar. Seterusnya, ucapan oleh Haji Nor Hashim Othman, Pengetua SMKUJ, turut memberikan harapan kejayaan semua pelajar. Peningkatan ranking di Negeri Sembilan, daripada no. 108 pada Peperiksaan Pertengahan Tahun, ke no.62 pada Peperiksaan Percubaan PMR menunjukkan keberhasilan cara belajar pelajar serta usaha dan komitmen yang diberikan oleh guru.

Pada akhirnya, semua calon PMR bersalam-salaman dengan semua guru-guru bagi memohon keberkatan ilmu yang telah dipelajarinya selama 3 tahun berada di SMKUJ. Suasana yang sedikit hiba dirasai oleh para guru dan pelajar. Moga PMR yang akan dihadapi oleh pelajar bermula 9 Oktober akan diakhiri dengan kejayaan.

No comments:

Post a Comment