Friday 5 October 2012

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Karnival Kemanusiaan


Pada pagi Jumaat, 5 Oktober 2012,telah diadakan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Karnival Kemanusiaan peringkat sekolah, anjuran bersama Panitia Sejarah dengan kerjasama Bidang Kemanusiaan. Pelbagai acara telah diadakan sepanjang bulan dan karnival tersebut, melibatkan para pelajar dan guru. Antara acara yang berjaya dibuat, ialah; Bengkel Melukis Batik, Bengkel Melukis Karikatur bersama Ujang, Pertandingan Menyanyi Lagu Patriotik, Pertandingan Memasak Masakan Zaman Jepun, Pertandingan Merekacipta Produk, Pertandingan Silangkata dan lain-lain. Hadiah telah disampaiakan oleh Haji Nor Hashim Othman, Pengetua SMKUJ.

No comments:

Post a Comment