Friday 5 October 2012

Program Skor A Matematik



Panitia Matematik SMK Undang Jelebu telah mengadakan satu program peningkatan kecemerlangan iaitu Program Skor ‘A’ untuk pelajar Tingkatan 3 yang terpilih dan berpotensi meningkatkan lagi pencapaian PMR khususnya dalam subjek Matematik. Program ini diadakan pada 7, 14 , 21(Jumaaat), 3.00 hingga 5.00 petang dan 29 September 2012 (Sabtu), 8.00 hingga 3.00 petang ( Sabtu ) di Makmal ICTL 2. Terima  kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama guru-guru tingkatan 3 seperti Pn Rozidah bt Muros, Pn Liew Huey Jing, Pn Noraliza bt Saari dan En Fairul Azry Abd Aziz. Semoga program yang dijalankan dapat menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.

No comments:

Post a Comment