Wednesday 31 October 2012

Program Minda Sihat dan NCDP1M Daerah Jelebu


Program Minda Sihat dan NCDP1M Peringkat Daerah Jelebu telah dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Jelebu dengan kerjasama Unit Kesihatan SMKUJ pada 30 dan 31 Oktober di Dewan Karisma SMKUJ. Pelbagai aktiviti telah diadakan, termasuk Pameran Kesihatan, Pemeriksaan Kesihatan, Ceramah Kesihatan dan sukaneka yang melibatkan aktiviti dalam dewan dan luar dewan. Ramai kakitangan Pejabat Kesihatan turut terlibat memeriahkan program tersebut, termasuklah doktor, jururawat serta jururawat pelatih. Program ini disertai oleh semua pelajar SMKUJ kecuali pelajar tingkatan 5 (kerana kelas anjal untuk persiapan terakhir SPM), serta pelajar dari sekolah sekitar, seperti SMA Dato' Tan Ahmad. Makanan untuk peserta turut disediakan oleh pihak Pejabat Kesihatan, siap dengan perincian zat bagi setiap hidangan. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Tuan Pengetua Cemerlang, Haji Nor Hashim Othman. Ia turut dihadiri oleh Doktor Ariza Zainuddin, Pegawai Kesihatan Daerah Jelebu.

No comments:

Post a Comment