Tuesday 30 October 2012

Kebangsaan: Bicara Berirama


SMKUJ telah menghantar satu pasukan Bicara Berirama bagi mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan yang diadakan di Melaka pada 30 dan 31 Oktober. Peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, menginap di D' Village Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan tersebut telah berjaya dilalui dengan sengit. Walaubagaimanapun, SMKUJ tidak berjaya mendapat 3 tempat terbaik. Namun, usaha dan pencapaian para pelajar, di bawah bimbingan Cikgu Mohd Effendy Othman, Cikgu Fairul Azry dan Cikgu Siti Nurbaya patut diberi pujian kerana dengan umur peserta yang masih muda, telah berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. Tahniah buat semua wira SMKUJ ini. Banyak masa untuk dicuba lagi di tahun-tahun mendatang.

No comments:

Post a Comment