Saturday 3 November 2012

Cikgu Suhada bertukar

Di kala semua guru sibuk menyempurnakan kerja-kerja akhir tahun, dan para pelajar mengikuti aktiviti-aktiviti yang diaturkan oleh pihak sekolah dengan gembira, terselit satu kisah yang menyedihkan. Cikgu Siti Nor Suhada Muhamad, yang kini sarat mengandungkan anak pertama beliau, akan dipindahkan ke negeri Terengganu. Peprindahan tersebut telah dipohon beliau setelah berjauhan dengan suaminya yang bekerja di Kemaman sejak dari perkahwinan beliau dulu. Rezeki anaknya, maka bermula tahun 2013, beliau tidak lagi berkhidmat di SMKUJ, sebaliknya akan memulakan tugas di sekolah barunya di Kemaman. Terima kasih kepada beliau kerana banyak menabur bakti sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

No comments:

Post a Comment