Sunday 4 November 2012

Larian Terbuka S2 Height


Pada 4 November 2012, telah diadakan Larian 2012 S2 Heights, di SJKC Tung Hua, S2 Heights. Terdapat 6 kategori dipertandingkan. SMKUJ telah menghantar wakil untuk 3 kategori, iaitu:-
- Kategori Terbuka lelaki yang diwakili oleh 2 orang guru, iaitu Cikgu Suhaimi Muda dan Cikgu Safwan Azizul
- Kategori Pelajar Lelaki yang diwakili oleh 8 pelajar, dan
- Kategori Pelajar Perempuan yang diwakili oleh 20 pelajar.

Kategori Terbuka melibatkan larian sejauh 7 km, manakala kategori pelajar melibatkan larian sejauh 5 km. Larian itu disertai oleh sebanyak lebih kurang 1500 penyertaan. Hadiah sediakan untuk pemenang 50 peserta terbaik.

Keputusannya:

1) Pelajar Lelaki:
- Hafizie mendapat tempat ke-28
- Riezman mendapat tempat ke-30

2) Pelajar Perempuan:
- Billa mendapat tempat ke-6
- Hanisah mendpaat tempat ke-35
- Fatihah mendapat tempat ke-45
- Lee Mei Ying mendapat tempat ke-50

Tahniah kepada semua pemenang.

No comments:

Post a Comment