Monday 5 November 2012

Majlis Kahwin Guru


Hujung tahun semakin menghampiri. Ia sangat sinonim dengan majlis perkahwinan. Begitulah juga dengan guru-guru SMKUJ yang masih bujang. Di musim perkahwinan, terdapat 2 guru SMKUJ yang turut mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan dengan pasangan masing-masing. Guru yang dimaksudkan oalah Cikgu Mohd Ruzaini Mohd Rahim dan Cikgu Safwan Azizul.

Cikgu Mohd Ruzaini Mohd Rahim akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Farrah Wahida pada 30 November 2012. Jamuan di rumah pengantin lelaki akan diadakan pada 15 Disember 2012 bertempat di No. 414 Blok 17 Felda Chini Timur, 26690 Pekan, Pahang Darul Makmur.

Cikgu Muhamad Safwan Azizul pula akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Yusra Abu Hamad di Kedah pada 1 Disember 2012. Jamuan di rumah pengantin lelaki akan diadakan pada 8 Disember 2012 di rumahnya beralamat di No. 301, Lorong Angsana 1/5, Taman Pinggiran Golf, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Moga perkahwinan mereka berdua akan didampingi dengan keberkatan dan kebahagiaan, dan berlanjutan hingga ke syurga.

No comments:

Post a Comment