Monday 5 November 2012

HARI UNESCO MALAYSIA 2012



SMKUJ  telah terpilih untuk menjadi ahli jawatan kuasa untuk Program Hari UNESCO Malaysia 2012 anjuran KPM. Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada 1-4 Nov 2012 bertempat di tiga buah lokasi iaitu KLCC Park, Hotel Mandarin Oriental dan Hotel Dynasty Kuala Lumpur. Pada majlis tersebut, sekolah kita telah terpilih untuk menjadi AJK Iringan VVIP sebagai membawa bunga pahar dan tepak sirih. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh, YAB Tan Sri Muhyidin b Yassin. Terima kasih diucapkan kepada pihak KPM kerana sudi memilih SMKUJ sebagai AJK dalam program ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada seluruh warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan program ini dibawah pimpinan Tn Hj Mohd Effendy b Hj Othman.

No comments:

Post a Comment