Wednesday, 14 November 2012
Maal Hijrah 1434 H
Esok, 15 November 2012, bersamaan 1 Muharram 1434 Hijrah merupakan permulaan kepada tahun baru Hijrah. Hijrah adalah kalendar yang diperkenalkan pada zaman Saidina Umar al-Khattab. Permulaan tahun pertama Hijrah dikira daripada tahun penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah. Walaubagaimanapun, Muharram bukanlah bulan dimana peristiwa hijrah tersebut berlaku. Cuma tahunnya sahaja diambil sebagai memperingati peristiwa besar itu. Maka, secara pemahamannya, peristiwa hijrah telah berlaku pada 1434 tahun yang lampau. Tiada amalan khusus yang dilakukan Rasulullah saw sempena dengan kedatangan bulan ini. Yang ada, cuma doa awal tahun dan akhir tahun yang diamalkan oleh ulama' terdahulu, memohon seribu keberkatan dan rahmat Allah swt. Moga dengan kedatangan tahun baru ini, akan memperkuatkan lagi semangat dan iman umat Islam dalam mendepani cabaran dan seterusnya melangkah ke depan tanpa menoleh ke belakang untuk menduduki syurga Allah swt.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment