Monday, 17 December 2012

Etika Mengambil Slip PMR

Peraturan dan Etika Mengambil Slip Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 akan diumumkan ESOK mengikut ketetapan tarikh yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehub
ungan dengan itu, pihak sekolah telah menetapkan peraturan dan etika ketika mengambil keputusan peperiksaan tersebut agar aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar. Peraturan dan etika yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1. Telah memulangkan segala peralatan dan aset hak milik sekolah, buku pusat sumber sekolah dan buku teks. Segala kehilangan dan kerosakan item-item yang dinyatakan perlu diganti atau dikenakan bayaran yang setimpal.
2. Memakai pakaian yang sopan, kemas dan bersesuaian dengan status pelajar Islam dan sopan bagi yang tidak beragama Islam.
3. Memastikan perawakan dan imej diri kemas dan bersih. Para pelajar dilarang berambut panjang, mewarnakan rambut, rambut berfesyen yang melampau, memakai rantai dan subang.
4. Sentiasa menjaga tingkah laku yang sesuai dengan sifat seorang pelajar.
5. Sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam sebarang urusan rasmi.

Para pelajar adalah diingatkan supaya mematuhi etika berpakaian dan lingkah laku ketika berurusan dengan pihak pentadbiran.

-------------------------------------------
PERINGATAN - SLIP KEPUTUSAN TIDAK AKAN DIBERI KEPADA:

Pelajar putera yang memakai seluar jeans, t-shirt bergambar, t-shirt tidak berkolar, seluar pendek serta imej rambut yang tidak kemas.

No comments:

Post a Comment