Friday 14 December 2012

Result PMR


Keputusan PMR 2012 akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui sekolah masing-masing pada hari RABU, 19 DISEMBER 2012. Calon PMR boleh mula mengambil keputusan masing-masing selepas jam 11.00 pagi di sekolah masing-masing. Tempat, akan dimaklumkan kemudian.

Selain itu, keputusan boleh juga disemak melalui perkhidmatan mySMS bermula dari jam 10.00 pagi 19 Disember 2012 hingga 11.59 malam 25 Disember 2012. Berikut adalah langkah-langkahnya:
1) taip PMR [jarak] NO. KAD PENGENALAN [jarak] NO ANGKA GILIRAN
2) hantar ke 15888


Sila jaga adab semasa mengambil keputusan, dari sudut pergaulan, pakaian, adab dengan guru, sesama rakan dan lain-lain. Doa adalah senjata terakhir. Jangan berhenti berdoa, sehingga dapat keputusan di tangan. Yang mendapat keputusan yang baik, jangan lupa ucapkan syukur "Alhamdulillah." Moga semua beroleh kejayaan dunia dan akhirat

1 comment:

  1. esey salah sorang pioneer aliran melayu sekolah ni tahun 1964 sampai 1967... 1968 pindah ke bandar tinggi... kami duduk di malay boys hostel atas bukit tu tak taulah ada lagi ke sekarang ni...

    sekarang menetap di KL dah berpuluh-puluh tahun merantau, tapi memang asal anak jelobu kg peradong.

    ReplyDelete