Friday 28 December 2012

Selamat datang ke SMKUJ


Pada 28 Disember 2012, telah diadakan Majlis Pendaftaran untuk pelajar-pelajar Peralihan, Kelas Rancangan Khas dan Tingkatan 1 di Dewan Karisma SMKUJ. Ramai pelajar yang datang beserta ibu bapa dan penjaga, dari pelbagai kaum; Melayu, Cina, India, Sikh dan Orang Asli. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi, dengan ucapan alu-aluan oleh Cikgu Norazlina Khasim selaku pengerusi majlis. Tayangan montaj, tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2012 turut ditayangkan. Kemudian, ucapan dan ceramah ringkas telah disampaikan sendiri oleh Tuan Haji Norhashim Othman mengenai kepentingan peranan ibu bapa dalam pembangunan pendidikan anak-anak. Ceramah tersebut diikuti oleh ibu bapa dengan penuh minat. Akhirnya, pendaftaran bermula sekitar pukul 9.15 pagi. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut sekolah rendah. Barangan keperluan sekolah turut dijual oleh wakil koperasi. Majlis turut dihadiri oleh YDP dan AJK PIBG.

No comments:

Post a Comment