Saturday 29 December 2012

Hari Pertama Persekolahan 2013


Untuk makluman semua, sesi persekolahan 2013 akan bermula pada hari Rabu, 2 Januari 2013. Oleh itu, semua pelajar SMKUJ diminta untuk hadir pada hari berkenaan. Oleh kerana hari tersebut adalah hari Rabu, maka para pelajar diminta untuk memakai baju uniform unit masing-masing, seperti amalan biasa tahun-tahun sebelum.

Waktu persekolahan akan dimulakan dengan perhimpunan tidak rasmi. Oleh itu, semua pelajar dikehendaki berhimpun di Dataran Ilmu. Waktu persekolahan akan berakhir pada pukul 2.30 petang. Tiada aktiviti kokurikulum diadakan pada hari pertama persekolahan.

Para pelajar juga diingatkan untuk membawa alat tulis, buku tulis dan buku teks seperti hari persekolahan biasa, kerana pembelajaran dan pengajaran akan berlaku bermula hari pertama. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment