Saturday 5 January 2013

Printing, kini di bilik guru!!


Printer Canon MP280 kini terdapat di bilik guru. Satu kemudahan yang boleh dinikmati oleh para guru dan para pelajar. Penggunaan adalah atas dasar 'layan diri.' Harga penggunaan printer ini adalah seperti berikut:

- Hitam putih: 10 c bagi setiap helaian.
- Warna: 50 c bagi setiap helaian

Oleh kerana printer itu mempunyai fungsi 3 dalam 1, maka selain printer, terdapat juga perkhidmatan scan dan fotostat. Perkhidmatan scan adalah PERCUMA. Walaubagaimanapun, perkhidmatan fotostat adalah tertakluk kepada harga printer, seperti di atas. Bayaran hendaklah dibuat kepada Ustaz Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah.

Tiada kertas disediakan. Oleh itu, semua pengguna diminta membawa kertas sendiri. Bagi yang membawa thumb drive, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan thumb drive tersebut bersih dari sebarang virus. Tiada jaminan virus tidak akan membiak daripada penggunaan perkhidmatan ini.

Oleh kerana perkhidmatan ini adalah atas dasar kebajikan, hendaklah difahami oleh semua warga SMKUJ bahawa tiada keuntungan yang diambil. Bayaran diambil adalah untuk menampung harga dakwat semata-mata.

No comments:

Post a Comment