Penghakiman dan penjurian Laluan PPDa telah diadakan pada 19 November 2015. Ia adalah kemuncak kepada pertandingan Laluan PPDa yang disertai oleh SMKUJ bermula awal tahun 2015, dari peringkat daerah, ke peringkat negeri dan kini di peringkat kebangsaan.
|
Barisan hakim dan pihak sekolah bergambar kenang-kenangan |
Penyertaan SMKUJ dalam pertandingan ini tidak dilalui dengan laluan mudah. Laluan yang ditempuhi sangat sukar. Ia bermula sejak awal tahun lagi, apabila pihak sekolah mendapat kerjasama daripada pihak MNRB untuk menyumbangkan dana permulaan bagi membangunan Laluan berkonsepkan anti-dadah ini.
Semenjak daripada itu, SMKUJ tidak pandang ke belakang dan berterusan berusaha membangunkan projek ini. Laluan ini turut mendapat bantuan dan kerjasama pelbagai pihak, terutama PIBG SMKUJ, Penjara Jelebu, Jabatan Penerangan Jelebu, Jabatan Kesihatan Jelebu, JAKIM Jelebu dan sebagainya yang turut sama memberikan sumbangan dari sudut bahan, kewangan dan kepakaran masing-masing.
Usaha daripada para guru dan pelajar serta ibu bapa turut perlu diberi perhatian. Berada di barisan hadapan, mereka berusaha menyiapkan Laluan PPDa ini siang dan malam, pagi dan petang. Ia adalah komitmen besar yang ditunjukkan oleh mereka.
|
En Asang (kiri) turut sama membantu |
|
Pengetua (kanan) juga bersama-sama turun padang |
|
En Ramli (dua dari kiri) bersama anak-anaknya |
|
Pelajar membantu di waktu petang dan hari minggu |
|
Bekas pelajar turut menyumbang kepakaran melukis |
|
Guru bertukus-lumus di waktu malam |
|
Barisan Pengawas Laluan PPDa |
Semoga SMKUJ beroleh kejayaan dalam pertandingan ini. Dan yang lebih penting, semoga Laluan PPDa ini memberi impak dalam menjauhkan pelajar daripada terjebak dalam gejala dadah.