Pusat Akses Sekolah (PuAS) merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self-learning) yang berkonsepkan 'cyber cafe'. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang dan guru bertindak sebadai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara kendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.
Objektif
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
- Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai matlumat
- Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiridengan lebih berkesan
- Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran
Matlamat
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
- Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
- Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
- Meningkatkan masa penggunaan komputer (contact hours) oleh murid
Visi
Menjadikan Pusat Akses SMK Undang Jelebu sebagai pusat akses terbaik kategori luar bandar pada tahun 2016
Misi
Misi Pusat Akses SMKUJ adalah untuk:
- meningkat dan membina minat murid dan guru serta masyarakat mempelajari teknologi maklumat
- ICT sebagai keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran
- meningkatkan kemahiran kepelbagaian ICT di kalangan warga sekolah
- merealisasikan pembinaan modal insan yang mahir dalam ICT
AJK Pusat Akses
Tuan Haji Hashim bin Osman
Pengetua SMKUJ
Puan Noor Fauziah binti Rhan
GPK Kurikulum
Puan Norasyikin binti Moktar
Setiausaha / GPM
Encik Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah
Penolong Setiausaha / GPB
Encik Bazrizan bin Basir
Penyelenggaraan Teknikal
Encik Md Hafeez Affendy
Encik Akmal Hisyam bin Mhd Yusof
AJK
Puan Rohani binti Bohari
Kakitangan Kebersihan
Kebersihan dan Keceriaan
Peraturan Penggunaan Pusat Akses
PERATURAN PUSAT AKSES SEKOLAH (SEBELUM)
- Pelajar/pengguna hendaklah membuat tempahan sehari sebelum menggunakan komputer di pusat akses sekolah.
- Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam bilik akses.
- Dilarang membawa sebarang cakera milik persendirian ke dalam bilik akses kecuali dengan kebenaran guru penyelaras Pusat Akses Sekolah.
- Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan bilik akses untuk mengesan setiap pengguna bilik akses.
PERATURAN PUSAT AKSES (SEMASA)
- Masa bagi setiap pelajar/pengguna menggunakan komputer adalah seperti yang ditetapkan oleh guru bertugas.
- Satu PC hanya untuk satu orang pengguna, tidak boleh berkongsi.
- Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambungan kawat yang terdapat di belakang komputer, atau membuka penutup komputer.
- Disket atau pen drive yang dibawa masuk hendaklah diimbas (scan) terlebih dahulu.
- Dilarang melayari laman web yang tidak berkaitan dengan P&P khususnya yang berunsur lucah, ganas, hiburan (games, movie, muzik) seperti laman web berkaitan dengan muzik dan sebagainya.
- Kemudahan mencetak bahan hendaklah mendapat kebenaran daripada guru bertugas terlebih dahulu.
- Sebarang kerosakan mesti dilaporkan kepada guru bertugas.
PERATURAN PUSAT AKSES (SELEPAS)
- Pelajar / pengguna perlu menutup komputer (shut-down) dengan langkah-langkah yang betul.
- Dilarang membawa keluar daripada bilik sebarang perkakasan/perisian komputer milik Pusat Akses Sekolah.
- Pengguna bertanggungjawab memastikan kebersihan dan kekemasan sebelum meninggalkan bilik akses.
Aktiviti Pelajar di Pusat Akses
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
- Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
- Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan(e-learning)
- Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
- Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
- Berkolaborasi dengan murid lain
Berita Terkini
Lihat di Facebook Rasmi SMK Undang Jelebu
atau di Facebook Rasmi PSS SMK Undang Jelebu
Pautan
KPM
JPN Negeri Sembilan
BTPN Negeri Sembilan
PKG Kuala Klawang
Masa Operasi
Isnin - Khamis
8.00 pg hingga 12.00 tghr
2.00 ptg hingga 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pg hingga 12.00 tghr
2.45 ptg hingga 5.00 ptg
Sabtu
Atas Permintaan
No comments:
Post a Comment