Pengenalan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kehamornian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

VISI KPM

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT KPM

1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
2. Melahirkan insan yang beriman dan berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara
4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

LAGU SMKUJ



Sekolah Menengah Undang Jelebu
tempat kami menuntut ilmu
menerima bimbingan guru
untuk membawa arah maju

Kami berjanji akan tunaikan
usaha segala lapangan
bersatu, berdisiplin utamakan
peraturan kami tegakkan

Harapan pertiwi tidak akan dilupakan
bimbingan guru disematkan
penuh semangat kepada sekalian
bagi pemimpin generasi hadapan

Kami berdoa agar dikurnia
rahmat ke atas semuanya
pelajar SMKUJ tercinta
ilmu berkuasa patut dibangga
untuk membela nusa dan bangsa

MOTTO SMKUJ

SMKUJ Memang Berhak Hebat!

SEJARAH

1953: Mula ditubuh dengan nama Goverment English (Primary) School Kuala Klawang.
1956: Pendidikan peringkat menengah dimulakan di bawah pentadbiran Guru Besar, Mr. G. E. Lewis.
1960: Nama sekolah ditukar kepada SM Undang Jelebu dan dipindah ke tempat baru
1964: 10 kelas aliran Inggeris (Tingkatan 1 - 5) dan 4 kelas aliran Melayu (Tingkatan 1 - 3) diwujudkan.
1968: Pelajar aliran Melayu berpindah ke sekolah baru, iaitu SMK Bandar Tinggi yang baru siap dibina.
1970: Sekolah telah dilengkapi dengan bilik matapelajaran Seni Perusahaan, Sains Rumahtangga dan Makmal Sains.
2011: Dewan Karisma bernilai RM 2.1 juta telah siap dan dirasmikan oleh YB DSU Dr. Rais Yatim.
2011: Kompleks MPV bernilai RM 780 ribu pula siap dibina untuk mata pelajaran Tanaman Makanan.

PELAN SEKOLAH


Pelan terkini SMKUJ