Showing posts with label Bahan Bantu Mengajar. Show all posts
Showing posts with label Bahan Bantu Mengajar. Show all posts
Friday, 29 November 2013
IMBaKUP
IMBaKUP adalah inovasi berbentuk modul susunan Cikgu Mohd Nasir Ibrahim. Beliau merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu yang berpengalaman luas dalam pengajaran BM. Beliau turut menjadi rujukan guru-guru BM yang lain.
IMBaKUP adalah akronim kepada Idea - Mengapa - Bagaimana - Kesan - Ungkapan menarik / Kata tokoh / Peribahasa - Penegasan. Ia adalah teknik menyusun idea dan isi supaya karangan dapat disampaikan dengan lebih menarik dan tersusun. Isi utama dan isi sampingan juga dapat dijelaskan dengan baik.
IMBaKUP terbukti berkesan sejak sekian lama. Ia sentiasa melalui proses penambahbaikan oleh penyusun asalnya, Cikgu Mohd Nasir Ibrahim. Kini, ia telah diterbitkan dua kali dan digunapakai oleh guru-guru BM di seluruh Malaysia. Ia turut memudahkan pelajar belajar dan menyusun karangan dengan baik.
Tahniah kepada Cikgu Nasir. Moga usaha murni beliau menjadi saham akhirat yang berpanjangan untuknya, insya'Allah. Untuk makluman lanjut mengenai kaedah IMBaKUP, sila layari blog rasmi Cikgu Nasir di http://bahasamelayupmrspm.blogspot.com/ atau http://mnasirbm.blogspot.com/
Thursday, 20 June 2013
Model Simulasi Waktu Solat
Model Simulasi Waktu Solat adalah BBM yang digunakan untuk membantu pelajar memahami kaedah penentuan waktu solat. BBM ini dicipta dengan menggunakan bahan terbuang, seperti; sepit udang, rim basikal, gabus, skru, getah seluar dan lampu suluh. Ia terbukti berjaya meningkatkan pemahaman pelajar dalam waktu yang singkat.
Thursday, 5 April 2012
Pendidikan Islam Tingkatan 3: Bidang Hadis
BBM ini adalah kompilasi beberapa BBM dalam bidang Hadis Tingkatan 3 sebelum ini dan setelah dimurnikan. Sesuai digunakan untuk membantu ingatan dan bagi mencapai objektif beraras rendah.
Tuesday, 27 March 2012
Pendidikan Islam Tingkatan 3: Amalan Mukmin Cemerlang
BBM ini adalah untuk mencapai 3 objektif, iaitu murid dapat:-
1) menyebut 7 amalan mukmin cemerlang
2) menulis 4 amalan untuk mendapat pembelaan al-Quran
3) menyenarai 4 sebab pendakwaan al-Quran
Tuesday, 6 March 2012
Pendidikan Islam Tingkatan 3: Ihsan Terhadap Binatang
Bahan bantu mengajar ini, untuk mencapai 6 objektif, iaitu:
1) pelajar dapat menyebut maksud ihsan terhadap binatang
2) pelajar dapat menyebut 4 perlakuan ihsan ketika menyembelih
3) pelajar dapat menyebut 4 perlakuan ihsan ketika membunuh
4) pelajar dapat menyebut 4 bentuk penganiayaan terhadap binatang
5) pelajar dapat menyenarai 4 jenis binatang yang harus dibunuh beserta contoh
6) pelajar dapat menyebut 4 implikasi menganiaya binatang
Monday, 27 February 2012
Pendidikan Islam Tingkatan 3: Beriman kepada Rasul
BBM ini digunakan oleh guru untuk menimbulkan persoalan di kalangan pelajar melalui Kaedah Inkuiri. Novel mendapat pengiktirafan daripada Prof Dr Rosnani Hashim, pakar inkuiri Malaysia.
| Situasi 1 Pada satu hari, di waktu rehat, perbualan berlaku antara Ahmad dan Ali di kantin. | ||
| Ahmad Ali Ahmad Ali Ahmad Ali | : Assalamualaikum... Ali, termenung panjang nampak? : Waalaikumussalam… Oh! Ahmad. Sebenarnya tadi saya terbaca terjemahan Surah ‘Abasa. : Apa yang diceritakan dalam surah tersebut? : Dalam surah tersebut, Allah menegur Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu baginda sedang berdakwah kepada pembesar Quraisy. Datang seorang lelaki buta bertanyakan kisah mengenai hari kiamat. Nabi tidak melayan pertanyaan tersebut, sebaliknya sibuk melayan pembesar Quraisy tadi. : Oh! Jadi, mengapa? Apa yang kamu fikirkan? : Persoalan yang saya sedang fikirkan ialah, bukankah para nabi itu maksum? Kenapa pula baginda ditegur oleh Allah? Adakah dia sebagai nabi dan rasul juga ada melakukan kesilapan? | |
| Pada pendapat kamu, adakah nabi sebagai rasul langsung tidak melakukan kesilapan? Justifikasikan sebab kamu menyatakan sedemikian. | ||
| Situasi 2 Di rumah, Umar berbual dengan ayahnya ketika minum petang. | ||
| Ayah Umar Ayah Umar Ayah Umar Ayah Umar Ayah Umar | : Umar, apa yang kamu belajar hari ini di sekolah? : Hari ini, saya belajar tentang konsep kenabian. : Adakah kamu faham semua yang kamu pelajari? : Ya ayah. Tapi, ada sedikit kemusykilan yang saya tidak faham. : Berkenaan dengan apa? : Begini. Ustaz menerangkan bahawa nabi itu mesti datang dari kalangan manusia. Masalahnya, kalau nabi datang dari kalangan manusia, bukankah orang akan susah percaya kepada kenabian mereka? : Apa maksud kamu? : Kalau nabi dilantik dari kalangan malaikat, bukankah orang akan lebih percaya kepada kenabiannya? Kerana, malaikat mempunyai sifat-sifat yang luar biasa berbanding manusia. Mereka boleh merupa, boleh terbang, mempunyai sifat fizikal yang lebih hebat daripada manusia dan sebagainya. : Bukankah para nabi mempunyai mukjizat untuk membuktikan kenabian mereka? Tidakkah mukjizat itu sudah cukup untuk membuktikan kenabian mereka? : Tapi, kebanyakan kisah yang saya dengar, apabila para nabi menunjukkan mukjizat, kebanyakan umat mereka menganggap mereka sebagai ahli sihir. Kalau nabi itu dilantik dari kalangan malaikat, bukankah manusia akan lebih mudah menerima? | |
| Pada pendapat kamu, kenapa rasul atau nabi dilantik dari kalangan manusia? Bukannya ada makhluk lain yang lebih hebat seperti malaikat dan jin. | ||
Subscribe to:
Posts (Atom)







