Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Wednesday, 14 May 2014

Tengku Asmadi di SMKUJ! Jom ramai-ramai...


Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, seorang pakar motivasi telah dijemput untuk memberikan motivasi kepada semua pelajar di SMKUJ. Ia akan diadakan pada 22 Mei 2014, hari Khamis, bermula jam 7.15 pagi hingga 5.30 petang di Dewan Karisma SMKUJ. Pelajar yang disasarkan berjumlah 252 pelajar, terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 5.

Berikut adalah tentatif program ini:

8.00 pagi: Pendaftaran
8.30 pagi: Taklimat
9.00 pagi: Sesi 1: Matlamat Hidup Pelajar
10.30 pagi: Rehat
11.00 pagi: Sesi 2: Pembentukan Sikap & Minda
1.00 ptg: Makan, Solat & Rehat
2.15 ptg: Sesi 3: Prinsip Memori dan Faktor Mempengaruhi Pembelajaran
3.30 ptg: Sesi 4: Strategi Pembelajaran Aktif
4.30 ptg: Majlis Penutup
5.30 ptg: Minum petang & Bersurai

Kos keseluruhan program ditanggung oleh MNRB. Jangan lepaskan peluang ini!

Thursday, 3 April 2014

Bahan Taklimat Penambahbaikan PBS

Perhatian untuk semua warga guru, ibu bapa dan pelajar, kefahaman tentang PBS adalah penting bagi kita semua. Maka, untuk tujuan itu, semua guru, ibu bapa dan pelajar boleh membaca bahan-bahan berkenaan di sini.

Friday, 21 March 2014

Keputusan SPM 2013

Keputusan SPM 2013 telah diumumkan pada 20 Mac 2014. SMKUJ memiliki calon seramai 121 pelajar. Daripada 121 calon, SMKUJ telah meraih keputusan keseluruhan Gred Purata Sekolah 5.80. Ia menunjukkan sedikit penurunan berbanding pada tahun lepas yang mencecah 5.25. Peratus semua lulus juga sedikit turun berbanding tahun lepas, iaitu 49.6% berbanding 50.4%. Walau bagaimanapun, ia tidak seteruk tahun 2011 yang sekadar mencatatkan Gred Purata Sekolah 6.06 dan peratusan semua lulus sebanyak 29.2%.

Ada beberapa matapelajaran yang mencatatkan peningkatan penguasaan, antaranya yang paling ketara adalah Matematik Tambahan, iaitu GPMP 5.31 berbanding tahun sebelum 6.60. Peratusan lulus naik mendadak iaitu 95.5% berbanding hanya 78.8% pada tahun sebelum. Matapelajaran lain yang turut mencatatkan peningkatan dari sudut GPMP adalah Perdagangan, Fizik dan Bahasa Cina. Selain itu, terdapat juga peningkatan dari sudut peratusan lulus, seperti Kimia, Bahasa Cina, Fizik, Perdagangan dan Matematik Tambahan. Selain daripada itu, semua matapelajaran lain mencatatkan penurunan.

Moga tahun ini mencatatkan kejayaan yang lebih memberangsangkan buat SMKUJ...

Tuesday, 14 January 2014

Pengarah JPNNS Kini bergelar Dato'


Seluruh warga SMKUJ mengucapkan tahniah kepada

DATO' HAJAH KALSOM BINTI KHALID
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

atas pengurniaan

DARJAH SETIA BAKTI NEGERI SEMBILAN

yang melayakkannya bergelar Dato'

sempena ulang tahun keputeraan yang ke-66
D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Friday, 10 January 2014

Frog kini di SMKUJ


Sistem pembelajaran maya Frog kini di SMKUJ. Ia boleh dilayari di https://NEB0026.1bestarinet.net/
ID dan password semua pelajar dan guru boleh didapati dari PSS. Hanya pelajar tingkatan 1 sahaja yang masih tiada password. Insya'Allah akan diedarkan mulai Februari.

Sunday, 29 December 2013

Takwim Persekolahan 2014


Musim persekolahan 2014 akan bermula pada 2 Januari 2014. Ia seperti yang tercatat pada gambar di atas. Takwim tersebut boleh juga dimuat turun daripada laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia seperti linkdi bawah.

http://www.moe.gov.my/v/takwim-sekolah-2014

Selain itu, terdapat juga cadangan cuti berganti dan cuti peristiwa bagi musim perayaan seperti berikut:
- Perayaan Tahun Baru Cina
- Perayaan Hari Raya Idilfitri
- Perayaan Hari Deepavali

Muat turun takwim penuh persekolahan beserta cadangan cuti berganti dan cuti peristiwa di link di bawah.

https://www.academia.edu/5244169/Cuti_Berganti_Dan_Cuti_Peristiwa_2014

Walau bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Friday, 27 December 2013

Pendaftaran Tingkatan 1


Pelajar tahun 6 2013 dari sekolah-sekolah rendah sekitar, iaitu; SK Undang Jelebu, SK Triang, SK Kuala Klawang, SK Amar Penghulu, SK Dato' Undang Abdullah, SK Sepri Tengah, SJKC Yuk Hua dan SJKC Petaling / Chun Yin diminta untuk mendaftarkan diri ke SMKUJ. Pendaftaran semua pelajar tingkatan 1 akan di buat di SMK Undang Jelebu mengikut ketetapan berikut:

- Tarikh: 31 Disember 2013
- Hari: Selasa
- Masa: 8.00 pagi
- Tempat: Dewan Karisma SMK Undang Jelebu

Tentatif hari pendaftaran adalah seperti berikut:

8.00 pagi - Ketibaan ibu bapa / penjaga dan pelajar baru
8.30 pagi - Ucapan aluan Tuan Haji Nor Hashim Othman (Pengetua Cemerlang SMKUJ)
8.45 pagi - Taklimat Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah
9.00 pagi - Taklimat PAV
9.15 pagi - Taklimat i-THINK
9.30 pagi - Taklimat Kesihatan (HPV)
9.45 pagi - Pendaftaran pelajar tingkatan 1 dan Peralihan
12.00 tghr - Bersurai

Kepada semua ibu bapa dan penjaga, anda diingatkan untuk membawa bersama Salinan Kad Pengenalan Pelajar dan Kad 001. Bayaran yuran PIBG turut boleh dilakukan pada hari ini.

Selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 1 2014 ke SMKUJ. Anda bakal memasuki sebuah sekolah yang hebat, sentiasa hebat dan pasti hebat. Tahniah!

Thursday, 26 December 2013

Terima kasih Cikgu Safwan dan Cikgu Ruzaini, Selamat Datang Cikgu Rosnah dan Cikgu Hayati

Menjelang sesi persekolahan 2014, SMKUJ mengalami sedikit perubahan kakitangan akademik. Bilangan guru berjumlah 50 orang masih dikekalkan, namun terdapat sedikit pertukaran guru.

Cikgu Mohd Safwan Azizul dan Cikgu Mohd Ruzaini Rahim akan bertukar ke negeri berdekatan dengan isteri masing-masing. Cikgu Safwan berpindah ke Yik, Kedah, manakala Cikgu Ruzaini berpindah ke Pekan, Pahang.

Kedua-duanya mempunyai jasa yang besar sepanjang perkhidmatan mereka selama 3 tahun di SMKUJ. Cikgu Safwan merupakan pengemudi utama bagi Kadet Korektional dan membawa pasukan tersebut sehingga ke peringkat kebangsaan. Selain itu, beliau juga merupakan penolong jurulatih kepada Pasukan Olahraga SMKUJ dan berjaya menempa nama sehingga ke peringkat kebangsaan dan kejohanan terbuka di peringkat antarabangsa. Banyak lagi tugasan lain yang dipegang beliau dengan jayanya.

Cikgu Ruzaini pula, mengambil alih cabaran yang berat daripada Cikgu Siti Zaharah, Guru Cemerlang Geografi. Pencapaian Geografi yang sangat cemerlang yang dicapai oleh Cikgu Siti Zaharah agak sukar untuk dikekalkan oleh Cikgu Ruzaini. Dengan keadaan latar belakang beliau yang bukan opsyen Geografi, dan sebagai guru novis, beliau berjaya membuktikan kecemerlangannya apabila bukan sahaja berjaya mengekalkan pencapaian cemerlang Geografi, bahkan meningkatkannya lagi. Selain itu, jasanya di belakang tabir sebagai guru yang bertanggugjawab dalam hal berkaitan PA Sistem juga ditagih oleh semua program. Terkenal sebagai seorang yang ringan tulang, beliau juga berjaya beberapa kali mengadakan Karnival Kesihatan Gigi dengan kerjasama Pusat Kesihatan Jelebu.

Terlalu banyak jasa mereka berdua jika ingin disenaraikan satu persatu. SMKUJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka berdua. Moga kecemerlangan mereka berdua diteruskan di sekolah baru mereka.

SMKUJ turut menerima dua guru baru yang bertukar ke SMKUJ, iaitu; Cikgu Rosnah Abdullah dan Cikgu Hayati. Cikgu Rosnah adalah guru Fizik, manakala Cikgu Hayati adalah guru BM. Selamat datang kepada mereka berdua. Moga dapat meneruskan kecemerlangan di sekolah lama mereka di SMKUJ.

Thursday, 19 December 2013

Kemasukan Tingkatan 1 KRK & PAV

Bermula tahun 2013, SMKUJ telah membuka satu kelas KRK (Kelas Rancangan Khas) atas persetujuan bersama dengan JPN Negeri Sembilan. Kesinambungan daripada itu, kelas KRK akan diteruskan untuk tahun-tahun berikutnya. Maka, untuk kemasukan ke kelas KRK 2014 bagi calon UPSR 2013, para pelajar diminta untuk menyemak status kemasukan mereka di laman sesawang http://public.moe.gov.my/

Semakan SMS turut boleh digunakan dengan menaip MOE <jarak> SKKAWALAN <jarak> Angka Giliran UPSR (Cth: MOE SKKAWALAN ZZ0000001) dan hantarkan ke 15888.

Manakala, kelas PAV (Program Asas Pendidikan) pula akan dibuka di SMKUJ bermula tahun 2014. Para pelajar dan ibu bapa boleh menyemak status kemasukan ke kelas ini melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/esptv/pav_semaktawaran/

Sebarang permasalahan atau pertanyaan, sila layari http://www.moe.gov.my atau berhubung dengan pihak sekolah di talian 06-6136202. Terima kasih.

PMR Meningkat! Muhammad Syafi 8 A!


Keputusan PMR telah diumumkan di seluruh Malaysia sekitar jam 10.00 pagi tadi. Di SMKUJ, para pelajar telah membanjiri sekolah seawal jam 9.00 pagi lagi. Bagaimanapun, keputusan hanya diedarkan sekitar jam 11.00 pagi.

Alhamdulillah, SMKUJ sekali lagi menunjukkan peningkatan ketara. Gred Purata Sekolah meningkat kepada 3.04 berbanding 3.17 pada 2012. Pratusan penguasaan minimum juga meningkat kepada 57 % berbanding hanya 53.7 % pada tahun sebelum. Kebanyakan matapelajaran juga menunjukkan peningkatan GPMP dan peratusan lulus.

Berikut adalah senarai pelajar cemerlang SMKUJ
1) Muhammad Syafi Che Wahab: 8A
2) Loh Shan Shan: 7A 1B
3) Muhammad Ariff muzaffar syah 7A 1 B
3) Nur Fazerra Azren Abdul Majid: 7A 1C
4) Shieakh Khalid Shieakh Malik: 7A 1C
5) Harish Akmal Ahmad Suhaimi: 6A 2B
6) Muhammad Haziq Abd Rahman: 6A 1B 1C
7) Muhamad Zulfikar Othman: 5A 2B 1C
8) Pu Shu Xuan: 5A 3B
9) Faiz Azzamudin Shah Norazman: 4A 4B
10) Chin Lur Yan: 4A 3B 1C
11) Chu Chen Wei: 4A 3B 1C

dan ramai pelajar yang mendapat 3A. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.

Untuk pengetahuan, Negeri Sembilan turut mencatatkan peningkatan dengan berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan berbanding negeri-negeri lain dengan Gred Purata 2.59. Terengganu kekal di tempat pertama.

Monday, 4 November 2013

Majlis Anugerah Akademik, HEM & Kokurikulum

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik, HEM dan Kokurikulum telah diadakan di Dataran Ilmu pada 4 November 2013. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran YDP dan barisan AJK PIBG sebagai dif kehormat. Dalam ucapannya perasmiannya, YDP menyebut tentang kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan pihak PIBG sentiasa dijaga bagi memastikan SMKUJ terus cemerlang di pelbagai peringkat.

Pelbagai anugerah telah disampaikan oleh Encik Azmi, YDP PIBG dan Puan Siti Rafeah selaku Timb YDP, antaranya; Anugerah Kedatangan Penuh, Anugerah Pelajar Berhemah Tinggi, Anugerah Pelajar Cemerlang PMR dan SPM, Anugerah Olahragawan dan Olahragawati. Selain itu, para guru juga turut tidak ketinggalan menerima anugerah, antaranya; Anugerah Buku Rekod Cemerlang, Anugerah Khas Kokurikulum dan lain-lain.

Dalam majlis yang sama, turut disampaikan hadiah Pertandingan Bowling yang telah dianjurkan oleh Kelab Staff. Johan bagi guru lelaki adalah Cikgu Nasir, manakala Cikgu Norazlin Md Noor telah dinobatkan sebagai Johan bagi guru perempuan. Keluarga Cikgu Nasir menunjukkan penguasaan mereka dengan memenangi 4 hadiah bagi kesemua acara.

Majlis ditamatkan dengan upacara Izin Restu pelajar SPM. Majlis bersurai pada jam 10.00 pagi.

Friday, 5 July 2013

5 Guru Berpindah

5 guru SMKUJ telah mendapat arahan perpindahan ke sekolah lain. 5 guru tersebut adalah:

- Cikgu Ani Rahayu binti Kasran yang telah memulakan tugas di SMK Seremban 3
- Cikgu Siti Nur Baya binti Zulkifli yang akan memulakan tugas di SMK Dato' Undang Syed Ali al-Jufri
- Cikgu Nur Aida Abd Aziz yang akan memulakan tugas di SMK Dato' Undang Musa al-Haj
- Cikgu Munirah binti Mohd yang akan memulakan tugas di SMK Dato' Undang Musa al-Haj
- Cikgu Fatimah Syam  yang akan memulakan tugas di SMK Dato' Undang Musa al-Haj

Cikgu Ani Rahayu telah mula bertugas di sekolah barunya, manakala Cikgu Siti Nur Baya mendapat penagguhan sehingga 10 Julai dan 3 guru yang akan ke SMK DUMA akan bertugas di sana mulai 9 Julai. Penangguhan ini bagi menyelesaikan urusan serah tugas di SMKUJ. Moga mereka akan terus cemerlang mendidik anak bangsa di sekolah baru mereka.

Wednesday, 3 July 2013

Guru Ganti Pendidikan Islam

Kepada graduan universiti berkelulusan Pengajian Islam atau Pendidikan Islam, SMKUJ mempunyai satu kekosongan jawatan Guru Ganti Pendidikan Islam bagi menggantikan seorang ustazah yang kini sedang dalam pantang kerana melahirkan anak. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Ustaz Zool Hilmi, Ketua Panitia Pendidikan Islam di talian 019-3997959 atau hubungi pihak sekolah di talian 06-6136202. Keperluan segera. Terima kasih.

Wednesday, 12 June 2013

APC 2012



Tahniah diucapakan kepada 5 kakitangan SMKUJ yang berjaya mendapat

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2012

Kelima-lima kakitangan tersebut ialah:
- Ustazah Rosnah binti Tabri
- Cikgu Saziah Abd Rahim
- Cikgu Aziratulsyida Razli
- Cikgu Norhayati Ishak
- Encik Iskandar

Kelima-lima mereka mendapat RM1000 daripada kerajaan. Moga meneruskan kecemerlangan di tahun-tahun mendatang.

Friday, 26 April 2013

Sumbangan diperlukan!!

Satu tabung telah dilancarkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial JPNNS bagi mengutip sumbangan untuk

CIKGU NURUL RADIAH BINTI MOHD KAMIL
dari SK SENDAYAN

yang kini sedang menjalani rawatan bagi menyembuhkan SAKIT KANSER OTAK TAHAP 2.
Sebanyak RM140,000 diperlukan untuk 4 kali pembedahan. Beliau kini bernafas melalui lubang yang ditebuk di lehernya. Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada:

CIMB BANK: 05060027505056 atas nama
KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL, JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

Sebarang sumbangan yang diberikan, perlu dimaklumkan kepada
ENCIK ROSLEE AHMAD dari Sektor Psikologi dan Kaunseling
dan dihubungi melalui talian 06-7653153 atau 019-6238082.

Tuesday, 23 April 2013

Cikgu Noorazlina Kasim, SU PIBG yang baru

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 28 Februari 2013. Melalui mesyuarat tersebut, beberapa ibu bapa telah dipilih untuk mewakili ibu bapa sebagai AJK PIBG bagi tahun 2013-2015. Manakala, AJK dari kalangan guru pula telah dilantik oleh pihak pentadbir sekolah. Sehubungan itu, beberapa rombakan telah dilakukan. Ia turut melibatkan jawatan utama seperti Naib Yang Dipertua, SU Kehormat dan Bendahari Kehormat. Berikut adalah senarai AJK PIBG yang baru.


Ex-Officio
Tn Hj Nor Hashim Othman

Yang DiPertua
En Mohamad Azmi Abdul Aziz

Naib Yang DiPertua
Puan Siti Rafeah Md Karit

Setiausaha Kehormat
Puan Noorazlina Kasim

Bendahari Kehormat
Puan Farhana Mohd Idris

Ahli Jawatankuasa
Puan Rusla Ariffin
En Amran Abd Kalam
Puan Zalina Abdul Wahid
En Zakaria Rahim
En Zulkify Ab Ghany
Puan Marzatul Marializa Noruddin
En Gan Ah Kok
En Asang Chahim
Puan Napsiah Sameon

Pemeriksa Kira-Kira
Mohd Syukri Muklas
Puan Faridah Yahya


Semoga barisan AJK yang baru ini berjaya membawa dan membantu SMKUJ melonjak ke arah yang lebih baik.

Friday, 5 April 2013

SMKUJ Terbilang!!!


Hari ini, SMKUJ telah dilawati oleh beberapa orang pegawai dari Jemaah Nazir. Mereka datang seawal jam 7.00 pagi dan balik pada jam 12.30 tengahari. Banyak fail telah diaudit oleh mereka. Beberapa guru turut dicerap. Pada akhir pertemuan, mereka telah memaklumkan kepada Puan Noor Fauziah binti Rhan, GPK Akademik SMKUJ (mewakili pengetua yang sedang mengerjakan umrah) bahawa KPM telah menghantar SURAT PENGHARGAAN kepada sekolah-sekolah yang cemerlang. Di Negeri Sembilan, hanya 4 buah sekolah yang menerima surat tersebut. Sekolah seperti Tunku Kursiah College (TKC) dan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) adalah antara penerima surat tersebut. Namun, yang paling membanggakan, SMK UNDANG JELEBU turut menerima surat tersebut untuk tahun ini, menjadikan SMKUJ sebagai antara 4 buah sekolah yang cemerlang di Negeri Sembilan. Pengiktirafan ini secara langsung membariskan SMKUJ sebaris dengan TKC dan SDAR. Tahniah buat semua warga sekolah. Moga pencapaian dan kecemerlangan ini berterusan di masa-masa mendatang, insya'Allah.

Thursday, 21 March 2013

Keputusan SPM 2012


Keputusan SPM telah diumumkan. Secara keseluruhan, SMKUJ berjaya menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Peratusan semua lulus sebanyak 50.4% berjaya dicapai, mencatatkan peningkatan 21.2% berbanding tahun sebelumnya. Gred Purata Sekolah juga meningkat daripada 6.06 kepada 5.25. Ia hampir menyamai Gred Purata PPD, iaitu 5.20. Ia melebihi target JPNNS untuk SMKUJ iaitu sebanyak 5.50.

Peratusan lulus mengikut matapelajaran dan GPMP adalah seperti berikut:
- BM: 91.3% | 3.32
- BI: 82.6% | 5.67
- BI C: 100% | 6.23
- PI: 90.1% | 3.92
- PM: 79.2% | 4.79
- Sejarah: 76.5% | 5.45
- Matematik: 69.6% | 5.87
- Sains: 87.9% | 5.49
- PSV: 100% | 3.80
- Add Mat: 78.8% | 6.60
- Perdagangan: 87.5% | 7.40
- Prinsip Akaun: 100% | 3.00
- Ekonomi Asas: 78.3% | 6.63
- Fizik: 95.7% | 6.30
- Kimia: 87.0% | 7.13
- Biologi: 100% | 5.22
- BC: 90.0% | 5.25
- Tanaman Makanan: 100% | 5.00

Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang bertukus lumus bagi mencapai peningkatan yang membanggakan demikian.

Wednesday, 20 March 2013

Makluman Pengumuman Keputusan SPM 2012


Untuk makluman semua calon SPM 2012, keputusan SPM akan diumumkan pada Khamis, 21 Mac 2013 di semua sekolah di seluruh Malaysia. Bagi pihak SMK Undang Jelebu, keputusan akan mula diagihkan pada pukul 11 pagi hingga 1 petang di Makmal ICT 2.

Beberapa perkara perlu difahami dan dipatuhi oleh calon SPM 2012 ketika mengambil keputusan, antaranya seperti berikut:

1) Anda dikehendaki berpakaian kemas dan sopan. Bagi pelajar Islam, anda diwajibkan menutup aurat. Calon yang tidak berpakaian sopan dan kemas TIDAK DIBENARKAN memasuki kawasan sekolah.

2) Anda dilarang sama sekali untuk merayau dan berjalan-jalan ke blok-blok lain dalam SMKUJ. Had anda hanya di pejabat, Makmal ICT 2 dan sekitar Dataran Ukhwah sahaja.

3) Pelajar yang masih berhutang yuran PIBG, perlu menjelaskan hutang tersebut. Jika tidak, keputusan anda akan disekat dan anda tidak akan mendapat surat berhenti sekolah.

4) Pelajar yang masih belum memulangkan buku teks, sila pulangkan ketika mengambil keputusan SPM. Jika tidak, keputusan akan disekat dan surat berhenti sekolah tidak akan diberikan.

Makluman-makluman lain akan diedarkan di pondok jaga. Moga anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat.